Senin, 15 Desember 2008

Penyakit Herpes Sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus herpesviridae. Ia merupakan penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks, dan berkemungkinan menjangkiti anak yang baru dilahirkan jika ibu mempunyai penyakit ini semasa melahirkan anak.Tidak terdapat obat untuk mengubati penyakit ini. Obat yang ada hanya mengurangkan kekerapan serangan Herpes serta menguranakan penyebaran virus Herpes

Virus herpes simplex

  • terdapat 2 jenis, yaitu jenis 1 dan jenis 2.
  • merupakan virus DNA daripada keluarga herperviridae. Dalam keluarga Herpesviridae, terdapat juga virus-virus lain seperti virus Vericella zoster yang menyebabkan ‘chicken pox’, virus Epstain Bar yamg menyebabkan Burkit lymphoma, serta Cytomegalo virus yang akan merusakkan hati manusia

Jenis-jenis

Berdasarkan bahagian dan lokasi yang terlibat:

    • Herpes penil
    • Herpes Vulvo-vagina
    • Herpes serviks
    • Herpes Perianal
    • Herpes Genito-anal (kanak-kanak)

Tempoh Inkubasi

  • 3-9 hari sebelum pesakit menunjukkan simtom. Pesakit akan menjangkiti orang lain jika melakukan hubungan seks pada dan selepas tempoh ini. Namun, biasanya, terdapat 90% tidak akan menunjukkan apa-apa simtom pada serangan penyakit herpes yang pertama.

Tanda-tanda

  • kewujudan vesikal pada penis, vagina, skrotum dan sebagainya.
    • Selepas 1-3 hari, vasikal akan bernanah dan mula menyerang lapisan mukosa kulit yang lebih dalam, lantaran menyebabkan ulcer yang menyakitkan. Serangan Herpes biasanya sama denban penyakit yang disebabkan oleh gonorrhea atau chlamydia. Oleh itu, pengalaman dokktor adalah penting dalam kes ini. Kewujudan lesion herpes serta serangan herpes adalah berbeza-beza antara individu. Herpes di genitalia mungkit menyerupai –cold sores- manakala serangan Herpes menyerupai luka potongan pisau. Disebabkan luka tersebut, pesakit akan berasa kesakitan yang membakar semasa membuang air kecil. Biasanya, serangan penyakit yang pertama adalah lebih serius daripada serangan penyakit yang seterusnya.




    • Selepas serangan pertama, pesakit biasanya akan menghadapi 5 serangan setiap tahun. Pada setiap serangan, simptom seperti demam, kesakitan di seks organ, serta seks discharge akan diperhatikan. Serangan herpes biasanya berlaku jika pesakit mengalami stress, diserang penyakit lain, keletihan, datang haid, dan perubahan fizikal yang lain, bergantung kepada individu yang berbeda.

    • Selepas serangan herpes, luka pesakit akan sembuh dan segala tanda-tanda akan hilang. Pesakit menyerupai orang normal. Namun, virus Herpes masih kekal di dalam saraf tunjang dan akan menyerang jika diaktifkan oleh factor-faktor tersebut..) *pertambahan saiz nodul limfa (lymphadenopathy)
  • keletihan, tidak bermaya, sakit kepala, kasakitan otot dan simtom-simtom lain ang tidak beberapa spesifik. Simtom tidak spesifik ini juga wujud pada penyakit berjangkit yang lain.
  • kesakitan pada organ seks
  • kesakitan semasa membuang air kecil
  • cold sore (di sisi mulut)
  • Herpetic whitlow

Lokasi

mana-mana bahagian pada organ seks atau struktur yang berada di sekelilingnya


Epidemiologi

Penyakit Herpes menjangkiti kedua-dua jantina. Infeksi prima HSV 1 biasanya berlaku pada muka semasa pesakit masih kecil. Penyakit Herpes biasanya berlaku dalam kumpulan status social-ekonomi yang rendah serta mempunyai lebih daripada satu teman seks. Luka pada perianal adalah biasa pada pesakit homoseksual atau heteroseksual. Namun, hubungan seks tanpa kondom adalah merbahaya dan akan menyebabkan transmisi virus herpes. Sehingga sekarang, masih tiada vaksin untuk mencegah penyakit Herpes.

Transmisi Virus Herpes

  • Herpes primer yang melibatkan muka dan mulut biasanya menyebar melalui air liur (ciuman)
  • Herpes sekunder yang melibatkan organ seks biasanya disebarkan melalui hubungan seks (semen lelaki atau vaginal discharge perempuan)

Ujian dalam makmal

Enzyme immunoassay (EIA) and immunofluorescence (IF) microscopy (Microtrak®) merupakan cara diagnostic yang paling cepat. Kultur sel adalah lambat kerana HSV merupakan virus yang hanya boleh hidup dalam sel. Namun, kultur sel membolehkan doctor mengenal pasti samada jenis HSV itu jenis 1 atau 2

Histopatologi

Sel Multinukleus wujud di epidermis dengan jasad basophilic di dalam nucleus, diikuti oleh jasad eosinophylic, juga dalam nucleus. Terdapat juga leukosit di tempat yang terdapat ulser. Terdapat juga intracellular oedema


Patogenesis

Jangkitan secara terus menerusi kulit misalnya akan menyebabkan local lesion. Virus akan masuk ke dalam badan mengikuti saraf sehingga mereka sampai di saraf tunjang, di ganglion sensori akar sacral. Di sinilah vius akan berkumpul dan berehat. Dari semasa ke semasa, virus di saraf tunjang ini akan keluar dari saraf tunjang dan bergerak ke bahagain distal badan kita, seperti submukosa kulit. Ini menyebabkan pembentukan vesikal dan ulser yang baru. Dengan cara ini, recurrence boleh berlaku kerana bekalan virus sentiasa ada, iaitu dari saraf tunjang. Kekerapan berlakunya recurrence untuk genitor anal herpes yang disebabkan oleh HSV1 adalah 60-70% manakala yang disebabkan oleh HSV2 ialah 25%.


Rawatan

  • Sehingga sekarang, masih tiada ubat untuk mengubat penyakit Herpes. Namun, terdapat ubat untuk mengurangken kekerapan serangan penyakit Herpes serta mengurangkan penyebaran penyakit ini.
  • Topikal : Sapu agen antivirus pada tempat yang dijankiti. Namun, kesannya tidak begitu memuaskan. Tambahan pula, agen ini akan menyebabkan kulit menjadi kering
  • Paracetamol, dan 2% lignocaine – untuk mengurangkan kesakitan
  • Acyclovir merupakan ubat spesifik untuk untuk episod prima, makan tablet 200 mg 5 kali sehari untuk 7 hari. Kadang kala, suntikan acyclovir 500 mg lapan jam sekali adalah diperlukan. Recurrences dapat dielakkan dengan memakan satu tablet acyclovir 3 kali sehari.
  • Agen baru seperti valaciclovir (the pro-drug of acyclovir) (3 x 1g/d, suppression 2 x 500mg/d) dan famciclovir (the pro-drug penciclovir) (3 x 250mg/d, suppression 2 x 125mg/d) juga amat berguna.

Komplikasi

  • Kesakitan yang amat sangan semasa membuang air besar (dysuria)
  • Kesusahan membuang urin (urinary retention)
  • Meningoencephalitis (jarang)

Masalah infeksi otak ini biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak di mana virus Herpes yang menjadi dorman di saraf trigerminal (saraf cranial ke 5) akan menjadi aktif dan menyerang otak, teruatama di bahagian temporal. Meningoencephalitis walaupun jarang berlaku tetapi akan membawa maut.

  • meningitis
  • recurrences (bulan-tahun)
  • menyebabkan karsinoma sel squamous di serviks (terutamanya jika pesakit merokok)

Langkah Pencegahan

  • penggunaan kondom
  • agen anti virus

sumber: wikipedia

1 komentar:

Anonim mengatakan...

http://connections.blackboard.com/people/7f7182205e Buy Accutane Online,
http://connections.blackboard.com/people/16ca99c49e Buy Aciphex Order